Ahad, 11 Julai 2010

Laporan Kem Jejak Mahasiswa

LAPORAN KEM JEJAK MAHASISWA

PENGENALAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kem Jejak Mahasiswa adalah satu program anjuran Persatuan PERMAS khas buat semua ahli PERMAS terutamanya bagi mereka yang bakal menerajui tampuk kepimpinan PERMAS atau mana-mana organisasi di masa akan datang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan di kalangan ahli terhadap persediaan sebagai seorang da'ie (pendakwah). Selain itu, program ini bertujuan melatih semua ahli dalam berorganisasi dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menghasilkan pemimpin yang berkualiti dan mampu berdaya saing dalam semua aspek cabaran.

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Masjid As- Syakirin (PERMAS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program sebegini bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan lama terhadap kepimpinan yang baru disamping mencungkil bakat baru yang mampu menerajui bidang kepimpinan dikalangan pelajar universiti ini pada masa akan datang

OBJEKTIF

  1. Mengeratkan ukhuwwah melalui program yang dianjurkan di kalangan ahli-ahli.
  2. Memberi kesedaran kepada setiap ahli bahawa PERMAS bukan hanya tertumpu kepada aktiviti didalam masjid sahaja, tetapi juga melibatkan aktiviti luar, sesuai dengan konsep Islam yang kaffah dan syumul
  3. Mencungkil bakat ahli-ahli dalam arena sukan dan mengamalkan cara hidup sihat.
  4. Membawa para ahli menghayati dan mensyukuri tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang terlakar di alam persekitaran.
  5. Membentuk kekuatan rohani dalam diri mahasiswa.





Nama Program: Kem Jejak Mahasiswa


Tema: Cabaran Mahasiswa Islam Menghadapi Arus Globalisasi


Anjuran: Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS)


Penglibatan: Ahli Jawatankuasa PERMAS (35 orang)


Tempat: Tumpat, Kelantan


Tarikh: 12 hingga 14 MAC 2010


Penasihat: Ust. Kamarulzaman bin Sulaiman

Ust. Kamarudin bin Majid




PROGRAM DAN PENGISIAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah program Kem Jejak Mahasiswa ini berjalan dengan lancar dan teratur.


Pendaftaran peserta pada 12/03/10 (jumaat)

Program bermula pada pukul 8.00 malam hari jumaat, iaitu pendaftaran peserta-peserta yang akan menyertai kem. Para peserta berkumpul di Dataran Sri Bendahara. Pendaftaran bagi peserta perempuan dikendalikan oleh fasilitator perempuan manakala pendaftaran bagi peserta lelaki dikendalikan oleh fasilitator lelaki. Alhamdulillah alanya berjalan dengan lancar dan setiap peserta disediakan fail, buku nota dan pen untuk digunakan sepanjang program.

Taklimat

Selepas selesai pendaftaran peserta, para peserta dibenarkan menaiki bas. Alhamdulillah selepas semuanya berjalan dengan lancar, pada pukul 8.30 malam bertolak ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Yahya Sofiuddin b Zarkashi.

Kemudian, di dalam bas, sesi taklimat pun dimulakan dan dikendalikan oleh Saudari Rosniza bt Ramli selaku Penolong Ketua Projek Kem Jejak Mahasiswa. Majlis taklimat dibuka dengan surah Al-Fatihah. Kemudian para peserta diminta menjaga adab-adap di dalam program dan diberitahu mengenai tentatif program sepanjang 2 hari 1 malam.

Dalam perjalanan, program diteruskan dengan qiamullail di dalam bas dan berhenti seketika untuk menunaikan Solat Subuh.


Taaruf dan Ceramah 1

Alhamdulillah, pada jam 8.00 pagi selamat tiba di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Selepas membuat penyiapan diri dan sarapan, para peserta bersiap-siap untuk melakukan solat Dhuha dan bersedia untuk berkumpul. Program dipengerusikan oleh saudara All Hafiez b Abas dan saudari Nur Hazirah bt Esahal dan program dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah. Kemudian para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Syed al-Quttub, Hassan al-Banna, Zainab al-Ghazali dan Syed Ahmad Yasin. Mereka diminta melantik seorang ketua kumpulan. Kemudian sesi taaruf dijalankan. Setiap peserta diminta memperkenalkan diri kepada ahli kumpulan.

Selepas selesai sesi memperkenalkan diri, program menjemput Ustaz Kamarudin b Abd Majid menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk "peranan dai'e : amar ma'ruf nahi mungkar".


Modul

Para peserta disediakan minim pagi dan program diteruskan dengan latihan dalam kumpulan. Untuk sesi ini setiap kumpulan terlibat.

Setiap kumpulan diminta berbincang didalam kumpulan berkaitan tokoh-tokoh setiap kumpulan mengikut nama setiap kumpulan. Nampaknya latihan dalam kumpulan berjalan dengan lancar dan baik disebabkan masa yang diberikan bersesuaian untuk ahli kumpulan berbincang sesama mereka.

Perbentangan

Para peserta disediakan makan tengah hari dan solat zohor berjemaah. Program diteruskan dengan sesi perbentangan.

Setiap kumpulan diberi peluang untuk menampilkan bakat-bakat di dalam membentangkan hasil perbincangan mereka meliputi kisah tokoh-tokoh setiap kumpulan dan pengajaran-pengajaran serta langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil. Sesi perbentangan berjalan dengan lancar. Setiap peserta melihatkan potensi masing-masing.

Berakhirnya sesi perbentangan, pada jam 5.00 petang bertolak ke tempat penginapan di Gelang Mas.


Ceramah 2

Selepas itu, para peserta diberi makan malam dan bersiap-siap untuk Solat Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah. Di antara Solat Maghrib dan Solat Isyak semua peserta mendengar sedikit kuliah maghrib yang disampaikan oleh imam masjid bertajuk "sejarah perjuangan Rasulullah".Kemudian program pun menjemput Ustaz Kamarudin b Abd Majid untuk menyampaikan ceramah motivasi beliau yang bertajuk Motivasi "Pengurusan Organisasi".


Majlis penutup

Majlis perasmian penutup oleh saudara All Hafiez bin Abas. Majlis penyampaian cenderamata disampaikan kepada kumpulan terbaik, setiap kumpulan, peserta terbaik muslimat dan peserta terbaik muslimat. Majlis bersurai dan jamuan makan tengahari.









Lampiran 1


STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA

KEM JEJAK MAHASISWA

PENAUNG

Prof. Madya Hj. Abdullah b Abd Latib


PENASIHAT

Ustaz Kamarudin Bin Majid

Ustaz Kamarulzaman Bin Sulaiman

KETUA PROJEK

Ahmad Udanis b Awal

TIMBALAN KETUA PROJEK

Rosniza bt Ramli

SETIAUSAHA

Nuriza Anisa bt. Mohd Shahli

BIRO PROGRAM

All Hafiez b Abas

Muhammad Akmal

Nur Hazirah bt Esahal

Siti Noor Hidayah bt. Jainuddin


BIRO DISIPLIN

Abdullah ariff b Roslan

Norazima bt Mat Isa



Lampiran 2


TENTATIF PROGRAM


JUMMAT 12 MAC 2010

08.00 pm : Berkumpul di Dataran Sri Bendahara

08.30 pm : Bertolak ke Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan

*taklimat dalam bus(program dan disiplin)


SABTU 13 MAC 2010

03.00 am : qiamulail dalam bus

06.00 am : solat subuh ( dalam perjalanan )

07.45 am : Sarapan.

08.15 am : Persiapan diri

08.30 am : Solat Dhuha & Santapan rohani

08.45 am : Majlis takruf

09.45 am : Ceramah(peranan dai'e-Amar ma'ruf nahi mungkar)

10.30 am : Minum pagi

11.00 am : Latihan dalam kumpulan(modul)

12.30 pm : Makan tengah hari

01.30 pm : Solat Zohor / Rehat / Persiapan Diri

02.00 pm : ceramah(amal islami, amal jamaie, amal ijtimaie)

04.00 pm : perbentangan tokoh2 setiap kumpulan

05.00 pm : Bertolak ke tempat penginapan di Gelang Mas

06.30 pm : Makan malam

07.00 pm : Persiapan diri / Solat Maghrib / Kuliah Maghrib "sejarah perjuangan rasulullah

08.30 pm : Solat Isya' / rehat

09.00 pm : Ceramah " Pengurusan Organisasi "(pengenalan jemaah) – Ust Kamaruddin bin Majid

11.00 pm : Bacaan surah Al-Mulk / Tidur /minum malam


AHAD 14 MAC 2010

04.30 am : Persiapan Diri

05.00 am : Qiamullail

05.45 am : Solat Subuh

06.15 am : Kuliah Subuh(tokoh gerakan islam)

08.00 am : Sarapan Pagi

08.30 am : Persiapan Diri

09.30 am : modul

10.30 am : minum pagi

11.00 am : Resolusi / plan tindakan

01.00 am : rehat/solat zohor

02.00 pm : Bertolak pulang ke UiTM Johor

Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

UNIT

RM/UNIT

JUMLAH

1.

Keperluan program

Tag nama peserta

Sijil urusetia

Bahan pertandingan sukaneka


1

15

10


15.00

1.00

-


15.00

15.00

30.00

2.

Makanan

Sarapan pagi

Makan tengahari

Makan malam


35

35

35


3.00

6.00

6.00


210.00

420.00

420.00

3.

Hadiah pertandingan

Hamper pertandingan Bicara Seorang Pemimpin (Debat)


2


50.00


100.00

4.

Honorarium & cenderahati

Cenderahati penasihat


1 org


10.00


10.00

5.

Pengangkutan

Bas UiTM


UITM

6.

Penempatan

Sewa Resort pantai Sri Tujuh,Tumpat Kelantan


2 dorm


300.00


PERUNTUKAN PERSATUAN PERMAS

JUMLAH

1220.00





PENUTUP

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya. Namun kami amat berharap agar objektif kami tercapai dan program ini akan diberkati oleh Allah. Walaupun pelbagai halangan yang kami lalui di dalam memastikan kelancaran program ini namun disebabkan kejasama,usaha kuat para AJK, dan rahmat Allah, program dapat jua dijalankan, alhamdulillah.


Sekian, terima kasih.


Wassalam…


"TAZKIRAH RABBANIYYAH KE ARAH KECEMERLANGAN MAHASISWA"


Disediakan oleh,


……………………………

(AHMAD UDANIS B AWAL)

Ketua Projek

Kem Jejak Mahasiswa


1 ulasan:

  1. Salam. Dapatkan baju muslimah untuk mahasiswa universiti di kedai kami www.customadeshop.com Sesuai untuk ke kuliah dan aktiviti seharian. Cantik & menawan.

    Selepas je sesuatu program, kita tanya mahasiswa kita apa yang mereka dapat. Apa yang mereka boleh simpulkan. Apa yang lebih baik lagi kalau kita boleh buat follow up. Follow up kesan kepada setiap mahasiswa dalam kehidupan seharian mereka. Datang sendiri kepada mereka. Kerahkan ajk-ajk yang sedia berkhidmat. Dapatkan sekeping ulasan mereka. Barulah berbaloi insya Allah.

    BalasPadam