Sabtu, 10 Julai 2010

Laporan Aktiviti

LAPORAN MINGGU WACANA ISLAM '2010'

PENGENALAN

Di saat UiTM sedang maju mengorak langkah ke arah menjadi sebuah universiti bertaraf dunia atau World Class University menjelang tahun 2010, pelbagai metodologi telah dirancang bagi melahirkan mahasiswa-mahasiswa berilmu, berkepimpinan, dan berketerampilan yang menjadi harapan setiap institut pengajian tinggi di negara ini.

Dalam merealisasikan impian tersebut, maka terbentuknya MINGGU WACANA ISLAM atau 'MWI'2010' hasil daripada cetusan idea barisan PERMAS. Sehubungan dengan itu, kami dengan kerjasama pihak pentadbiran UiTM Segamat akan bersama-sama menganjurkan program tersebut dengan harapan ianya dapat dijadikan suatu platform bagi mencungkil keperibadian unggul dalam diri setiap mahasiswa.

Dalam melancarkan karnival mahasiswa ini, kami telah melakukan pembaharuan dengan membawa konsep 'Berdiri di atas kaki sendiri' dimana semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan dalaman adalah atas tanggungjawab mereka sendiri. Tujuannya adalah untuk mendidik mahasiswa pada masa kini agar lebih berusaha dan tidak terlalu bergantung kepada pihak lain. Kami hanya akan membantu mereka dalam memastikan program tersebut berjalan lancar.

OBJEKTIF

  1. Membentuk mahasiswa yang lebih glokal, berintelektual dan berkepimpinan dalam menempuh cabaran hidup masakini sebagai mahasiswa.
  2. Mengeratkan lagi hubungan antara pihak pentadbiran, PERMAS, semua warga kampus UiTM Segamat serta masyarakat sekitar.
  3. Menganjurkan aktiviti yang bermanfaat dan memberi hiburan kepada warga kampus dan masyarakat sekitar yang bersesuaian dengan konsep World Class University.


Nama Program: Minggu Wacana Islam


Tema: Cetusan Mahasiswa, Kecemerlangan Universiti


Anjuran: Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS)


Penglibatan: AJK dan Ahli PERMAS serta semua Warga UiTM


Tempat: Masjid As-Syakirin dan sekitar kawasan UiTM Johor


Tarikh: 18 hingga 23 MAC 2010


VIP: Cik Nur Amalina bt. Foat

Ustazah Nur Hasbiyana bt. Abd Wahab

Ustaz Muhd Nasib b. Zawawi

Ustazah Norhashimah bt. Zawawi

Ustaz Asyari b.


Penasihat: Ust. Kamarudin bin Majid

Ust. Kamarulzaman bin Sulaiman



PROGRAM DAN PENGISIAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah program Minggu Wacana Islam pada kali ini berjalan dengan lancar dan lebih teratur daripada sem-sem yang lepas.


Majlis Perasmian pada 18/03/2010 (Khamis)

Program bermula selepas solat Maghrib dengan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Adam bin Zakaria (Pembantu Hal Ehwal Islam). Pada pukul 9.00 malam selepas solat Isyak, Majlis Perasmian bermula yang dirasmikan oleh Ustaz Kamarudin bin Majid (Pegawai Hal Ehwal Islam).

Forum "Mahasiswa Intelek..."

Majlis diteruskan dengan Forum "Mahasiswa Intelek..." yang bertajuk "Meniti Arus Perjuangan Mahasiswa : Perbandingan antara Dulu dan Kini". Dua penceramah telah dijemput. Penceramah pertama, Ustaz Kamarulzaman bin Sulaiman dan penceramah kedua, Ustazah Nur Hasbiyana binti Abd Wahab (................................). Cik Nur Amalina binti Ahmad Fuat (....................................) pula sebagai moderator jemputan. Berdasarkan forum yang disampaikan, dapatlah disimpulkan bahawa mahasiswa pada zaman dahulu lebih berjiwa kental berbanding mahasiswa sekarang yang hanya

Qiamullail Perdana pada 19/03/2010 (Jumaat) dan 20/03/2010 (Sabtu)

Ceramah bertajuk "Rindu Maghfirah" bermula pada pukul 9.15 malam telah disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Majid. Ceramah yang disampaikan mengenai fadhilat-fadhilat berqiamullail. Selepas habis sesi ceramah, peserta qiamullail dijemput untuk tidur di Masjid As-Syakirin untuk bangun pada pagi esoknya. Qiamullail bermula pada pukul 4.30 pagi hari sabtu yang diketuai oleh Ustaz Kamarudin bin Majid. Selepas solat subuh berjemaah, sedikit tazkirah subuh telah diadakan. Program Qiamullail berakhir pada pukul 7.00 pagi.

Bengkel Penyembelihan Haiwan pada 20/03/2010 (Sabtu)

Bengkel bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 2.00 petang. Selepas semua peserta dikumpulkan, sedikit ceramah berkenaan sembelihan telah disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Majid. Terdapat 2 modul sepanjang bengkel diadakan. 'Modul 1' adalah teori penyembelihan iaitu cara-cara bagaimana penyembelihan dilakukan. 'Modul 2' pula adalah praktikal penyembelihan yang dilakukan oleh sebilangan peserta bengkel seramai 10 orang kesemuanya termasuk lelaki dan perempuan. Sembelihan dilakukan ke atas ayam-ayam yang telah disediakan. Bengkel berakhir pada pukul 4.15 petang.

BBQ Perdana pada 20/03/2010 (Sabtu)

Pada malam selepas Bengkel Penyembelihan Haiwan, program telah diteruskan dengan aktiviti BBQ. Semua peserta yang telah menjayakan bengkel pada petang itu telah dijemput untuk berBBQ bersama-sama. Para jemputan dan peserta telah dijamu dengan mee goreng yang dimasak oleh sebilangan peserta dan juga ayam panggang. Alhamdulillah, tiada unsur pembaziran berlaku.

Bengkel Pengurusan Jenazah pada 21/03/2010 (Ahad)

Minggu Wacana Islam diteruskan dengan Bengkel Pengurusan Jenazah. Bengkel bermula pada pukul 8 pagi. Tetamu jemputan ialah Ustaz Muhd. Nasib bin Zawawi (Pengurus Operasi Fitrah Perhasa Sdn. Bhd.) dan Ustazah Norhashimah binti Zawawi (Pembantu Fasilitator Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.). Terdapat 3 slot kesemuanya iaitu ceramah, praktikal yang mana peserta lelaki dan perempuan diasingkan untuk melihat cara-cara pengurusan jenazah dilakukan dan terakhir ialah slot muhasabah diri. Di dalam slot ketiga tersebut, peserta telah didedahkan tentang proses-proses kematian, bentuk-bentuk kematian dan sebab-sebab kematian. Lebih bermakna lagi, peserta telah dibekalkan dengan satu doa 'memohon mati dalam Husnul Khatimah'.

Talk : "Bedah Filem" pada 23/03/2010 (Selasa)

"Talk : Bedah Filem" yang bertajuk "Disebalik Tabir Filem 2010" bermula pada pukul 9.00 malam. Bertempat di LT 1 dan LT 2. Ustaz Asyari bin ...............(.................) sebagai penceramah jemputan. Disebalik Tabir 2010 mendedahkan tentang agenda tersembunyi orang Yahudi yang banyak dikaitkan dengan peristiwa 11 September. Secara tidak langsung daripada cerita-cerita Hollywood yang telah banyak dipasarkan pada zaman sekarang terselit pelbagai bentuk cara orang Yahudi untuk menghancurkan umat Islam. Program Bedah Filem sempena Minggu Wacana Islam pada kali ini telah mendapat sambutan ramai daripada warga UiTM sendiri.

Speaker's Corner

Rovers Team PERMAS telah menggunakan Speaker's Corner sepanjang Minggu Wacana Islam (MWI) berlangsung iaitu bermula pada hari Jumaat, Isnin dan Selasa daripada pukul 10 pagi hingga 2 petang. Tema MWI ialah "Mahasiswa Cemerlang, Mahasiswa Anti Maksiat" dengan berkempenkan 3 J iaitu "Jada Aurat", "Jauhi Maksiat" dan "Jaga Solat". Pelbagai tayangan telah dipertontonkan seperti tayangan yang menceritakan tentang aurat wanita, bencana alam dan kebesaran Tuhan. Sedikit jualan juga telah diadakan secara kecil kecilan seperti jualan Cup Cake, kerepek dan kuih lopes yang telah dijual pada hari Isnin. Rovers Team PERMAS tersebut telah diadakan bertujuan untuk membuka minda mahasiswa bahawa Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin tidak hanya tertumpu pada masjid, masjid dan masjid semata-mata. Di akhir program, diharapkan objektif program Minggu Wacana Islam dapat dicapai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan